Sunday, May 10, 2020

Apa itu kayap

Apakah itu kayap?


Kayap yang lebih dikenali dalam bahasa perubatan sebagai herpes zoster adalah disebabkan reaktivasi virus bernama Varicella Zoster yang dorman atau ‘tidur’. Virus ini adalah virus yang sama yang menyebabkan penyakit cacar air atau ‘chicken pox’. Apabila seseorang itu pernah dijangkiti cacar air, virus ini akan ‘tidur’ atau menjadi dorman di ganglia akar dorsal saraf. Ini bermakna jika anda pernah mengalami penyakit cacar air, besar kemungkinan anda mungkin boleh mendapat kayap jika sistem pertahanan tubuh anda lemah!
Penyakit kayap ini lebih sering terjadi kepada orang yang mempunyai sistem pertahanan yang lemah dan juga golongan tua. Permulaan penyakit ini, seseorang akan berasa sakit pada anggota badan tertentu yang diikuti oleh ruam jenis gelembung air mengikut dermatom atau topografi saraf di kulit. Selalunya hanya satu dermatom yang terlibat. Pada kebiasaannya ruam kayap ini akan pulih sendiri (self-limiting).


Siapakah yang berisiko untuk mendapat kayap?

Hanya orang yang pernah dijangkiti penyakit cacar air atau ‘chicken pox’ sahaja berisiko untuk mendapat penyakit kayap. Risiko mendapat kayap dan juga komplikasi berkaitannya akan meningkat dengan pertambahan umur. Ini adalah kerana akibat penurunan imuniti sel perantara terhadap virus varicella zoster. Menurut kajian (rujukan?), wanita lebih ramai mendapat kayap berbanding lelaki. Seperti yang dinyatakan di atas, orang yang mempunyai sistem imun yang lemah lebih berisiko.

Apakah gejala atau tanda penyakit kayap?

 Kebanyakan pesakit kayap akan melalui tiga peringkat utama iaitu:

  • Tanda awal

Pesakit akan berasa sakit seperti mencucuk dan panas membakar. Kesakitan ini pada kebiasaannya akan muncul beberapa hari sebelum ruam timbul.  Sebilangan kecil pesakit akan berasa letih, demam dan sakit kepala.
  • Kemunculan ruam
Selepas beberapa hari berasa sakit di bahagian tertentu, ruam akan muncul.  Ruam kayap selalunya melibatkan satu dermatom kulit sahaja dalam bentuk gelung separuh tetapi mungkin boleh membentuk lingkaran penuh. Adalah amat jarang ia melibatkan beberapa dermatom kulit tetapi ia boleh berlaku jika seseorang mempunyai sistem pertahanan yang lemah.
Ruam ini selalu muncul di bahagian badan tetapi boleh juga muncul di dahi dan kaki. Di peringkat permulaan, ruam berwarna merah akan muncul dan selepas satu atau dua hari, ia akan berbentuk gelembung air di kawasan yang berasa sakit itu. Seterusnya gelembung ini akan pecah dan kering.
Ketika peringkat ruam gelembung air ini, virus adalah sangat mudah merebak dan berkemungkinan menjangkiti orang lain mengakibatkan cacar air sekiranya belum menghidapinya atau kayap.
  • Penyembuhan ruam
Pada peringkat akhir ini iaitu dalam masa 10 hari, ruam akan menjadi kering dan berkeruping. Pada peringkat ini ia tidak berjangkit. Penyembuhan sepenuhnya mengambil masa dua hingga empat minggu dan mungkin lebih lama bagi pesakit yang lebih berumur.

Apakah komplikasi penyakit kayap?

 Antara komplikasi yang dikenalpasti adalah:
  • Postherpetic neuralgia’ (PHN)
Ini merupakan komplikasi utama penyakit ini. PHN adalah kesakitan yang berterusan melebihi 30 hari walaupun ruam kayap sudah tiada atau diubati. Kesakitan ini menyebabkan pesakit berasa kurang selesa dan akan mengganggu kualiti hidup mereka.
  • Jangkitan sekunder bakteria
Ruam kayap boleh dijangkiti bakteria menyebabkan kudis yang melambatkan penyembuhan dan parut. Ini boleh berlaku sekiranya ruam ini digaru.
  • Radang otak dan selaput otak (meningoencephalitis)
Ini merupakan komplikasi yang jarang berlaku tetapi serius. Pesakit akan mempunyai kelakuan yang pelik, berasa pening dan kelemahan otot anggota badan.
  • Komplikasi melibatkan mata dan telinga
Ini terjadi sekiranya kayap terjadi di kawasan berhampiran mata yang boleh menyebabkan keradangan pada mata, ulser kornea, glaucoma dan lebih teruk kebutaan. Bagi pesakit yang terkena kayap di dalam telinga, saraf otot muka boleh terjejas menyebabkan kelumpuhan otot muka yang menyebabkan senyuman menjadi senget dan menyukarkan pesakit menutup mata.

Dr Nurjasmine Aida Jamani
Pakar Perubatan Keluarga /Perunding Laktasi/Pensyarah Perubatan IIUM

Di bawah ini antara maklum balas pengguna kayap setelah menggunakan AG Cera. AG Cera mempnyai bahan antiradang yang membantu pesakit kayap ini

Kita hanya usaha

Berminat untuk dapatkan AG Cera
WhatApps 601111983461


No comments:

Post a Comment

AG Kids bantu anak fokus

Beberapa tips di kongsikan untuk anak lebih fokus belajar 1. Menetapkan Kadar Masa Yang Sesuai Dengan Keupayaannya Solusi tetapan masa bagi ...