Wednesday, April 29, 2020

Testimoni AG Cera Migrain

Apa itu migrain?

Migrain adalah salah satu jenis sakit kepala dalam ketegori (Primary headache). Ia adalah sakit kepala yang kerap berlaku kepada manusia. Masalah ini lebih kerap berlaku kepada golongan wanita berbanding lelaki, dimana nisbah perbandingan adalah 3:1 serta mempunyai hubung kait yang kuat dengan genetik. Ini bermakna, seseorang itu lebih berisiko untuk menghidap masalah ini sekiranya mempunyai ahli keluarga terdekat yang menghidapnya.

Punca migrain

Sehingga kini, penyebab migrain masih tidak dapat dikenal pasti. Namun begitu, dalam 50% penghidapnya, pencetus gejala ini dapat dikenal pasti.
Antara faktor pencetus migrain adalah:
- Makanan
  • Berkafaen: Coklat, kopi, teh
  • Alcohol
  • Mengandungi tyramin: Keju, yogurt, kekacang
- Persekitaran
  • Rokok
  • Bunyi bising
  • Cahaya terang seperti dari skrin computer atau TV
- Ubat ubatan
  • Pil perancang kehamilan
  • Ubat tidur
  • Pil yang mengandungi hormon
- Psikologi
  • Kemurungan
  • Tekanan
  • Cemas
  • Marah
  • Migrain hujung minggu – berlaku ketika keadaan relaks dan tenang
- Lain-lain
  • Berbaring sepanjang hari
  • Sebelum haid
  • Perjalanan jauh
  • Senaman
  • Orgasma
Selain itu, masalah sakit kepala jenis ini turut mempunyai kaitan dengan masalah obesiti dan keturunan keluarga.

Gejala migrain

Gejala penyakit ini boleh dibahagikan kepada beberapa fasa, tetapi tidak semua pesakit mengalami kesemua fasa-fasa tersebut.
1) Prodrome – Fasa ini berlaku dalam sehari atau dua hari sebelum serangan sakit kepala berlaku. Biasanya pesakit akan menyedari perubahan kecil pada diri mereka seperti:
  • Mengalami masalah sembelit
  • Kerap menguap
  • Mengidam sesuatu
  • Perubahan emosi
  • Perubahan pola tidur
  • Lebih dahaga dan kerap buang air kecil
2) Aura – Fasa kedua berlaku semasa atau sebelum sakit kepala berlaku. Fasa ini membahagikan migrain kepada dua kategori iaitu:
  • Migrain dengan aura
  • Migrain tanpa aura – kebanyakan penghidap sakit kepala jenis ini adalah dalam kategori ini
Sekiranya seseorang itu menghidap masalah ini dengan aura, dia akan mengalami simptom gangguan visual, deria sentuhan, pergerakan, atau percakapan.
  • Visual – Aura yang paling biasa berlaku. Selalunya pesakit mendapat gangguan pengelihatan, seperti pandangan menjadi kabur, berombak, bergaris zigzag atau berbintik.
  • Deria sentuhan (Somatosensory) – terasa kebas yang merebak dari jari hingga ke muka (Parasthesia).
  • Pergerakan (Motor) – Kesukaran bercakap seperti bercakapan tidak jelas (Dysarthria), tidak boleh berdiri tegak kerana tidak stabil (ataxia), tidak boleh menggerakkan bebola mata (ophthalmoplegia) atau lemah sebahagian tubuh (Hemiparesis).
  • Percakapan – Tidak boleh mengeluarkan percakapan, memahami percakapan orang lain (Dysphasia), atau tidak boleh menyusun ayat dengan betul serta mengeluarkan ayat yang tidak mempunyai maksud (Paraphasia).
3) Serangan (Attack) – Fasa ketiga dalam gejala ini adalah serangan sakit kepala yang selalunya berlaku pada sebelah bahagian kepala sahaja. Namun ia juga boleh menyebabkan sakit pada kedua-dua bahagian. Sakit kepala yang menyerang adalah berdenyut dan menyebabkan penghidapnya lebih sensitif terhadap cahaya, bunyi, bau dan sentuhan. Penghidap masalah ini juga boleh mengalami mual atau muntah, pitam dan boleh hilang sedar. Tanpa sebarang rawatan, sakit kepala yang dialami boleh menyerang sehingga selama 72 jam. Pesakit juga boleh mengalami (Allodynia), dimana sebarang stimuli menyebabkan kesakitan. Pesakit yang mengalami masalah ini akan mengadu tidak boleh menyikat rambut atau bercukur apabila serangan berlaku.
4) Post-drome – Selepas fasa serangan, pesakit akan berasa letih dan kehilangan tenaga. Segelintir penghidapnya akan merasa lebih gembira (Elated) selepas pulih dari sakit kepala. Dalam tempoh 24 jam, simptom lain yang boleh berlaku adalah kekeliruan, kemurungan, pening, lemah, dan sensitif terhadap cahaya dan bunyi.


Antara maklum balas pengguna Migrain setelah amalkan AG Cera










Migrain Kronik





1 comment:

Kencing Tak Lawas

Masalah buang air kecil juga dirujuk sebagai kesulitan untuk menyingkirkan air kencing yang disebabkan oleh Masalah mekanikal yang memerluka...