Tuesday, October 27, 2020

Apa itu Lymphoedema

Gejala dan tanda penyakit boleh dikesan berdasarkan ciri tertentu mengikut tahap penyakit.


Antara gejala yang biasa ditemui termasuk:


- Anggota menghadapi masalah limpa akan membesar dan membengkak.

- Peringkat awal tiada perubahan ketara pada kulit malah tekstur masih lembut.

- Bengkak mudah kembali asal apabila anggota ditinggikan contohnya letak bantal bawah kaki pada waktu malam selain ketika berdiri atau duduk.

- Ketika peringkat awal apabila menekan kawasan terbabit ia akan meninggalkan bekas atau ‘pitting oedema’.

- Penyakit bertambah teruk berisiko mendapat jangkitan kuman seperti ‘cellulitis’ yang berulang-ulang, keadaan ini berlaku apabila kaki pesakit menjadi merah, sakit dan membengkak.

- Pada tahap lain, bahagian anggota badan juga menjadi panas dan pesakit boleh mengalami keadaan badan suhu tinggi mahupun demam

- Terlalu lama dibiarkan, tisu-tisu bahagian dalam anggota akan berparut dan menjadi keras. Perubahan kulit akan berlaku apabila penyakit menjadi kronik

- Apabila elefantiasis berlaku pada kulit, ia tidak boleh dikembalikan pada keadaan asal. Andai dibiarkan berlarutan, pesakit akan mengalami kudis atau ulseration di bahagian kulit yang susah untuk dirawat.

Siapa yang berisiko?


Menurut Dr Arman kerosakan saluran limpa atau tidak mampu berfungsi secara normal boleh dikategorikan menerusi dua kategori Lymphoedema Primari dan Lymphoedema Sekunder.

Kategori 1: Lymphoedema Primari


Berlaku secara semula jadi atau sendiri sama ada diperoleh menerusi keturunan atau secara tiba-tiba. Ia berlaku antara 10 hingga 15 peratus pesakit gajah saja dan boleh dibahagi kepada tiga kategori berdasar pada umur penyakit bermula.

i. Lymphoedema Congenita

Boleh bermula dari lahir hingga 14 tahun. Bagi pesakit yang lahir dalam ketiadaan saluran limpa dalam badan pada anggota terbabit dipanggil, Milroy Disease.

ii. Lymphoedema Precox

Boleh bermula bila-bila masa bermula 14 hingga 35 tahun dan merangkumi 80 peratus daripada Lymphoedema Primari. Merangkumi remaja dan orang dewasa muda.

iii. Lymphoedema Tarda

Apabila penyakit kaki gajah bermula selepas 35 tahun dan ke atas.

Kategori 2: Lymphoedema Sekunder


Merujuk kepada pesakit yang menjalani pembedahan membuang kelenjar limpa ataupun merangkumi kawasan pengaliran saluran limpa atau ketirisan pada saluran limpa.

Dalam kes tertentu kemalangan atau kecederaan yang merosak atau mengakibatkan tekanan atau penindihan saluran limpa boleh mencetuskan gejala penyakit terbabit. Tidak lupa pesakit kanser yang menjalani rawatan radioterapi serta melalui proses pembuangan kelenjar limpa turut berisiko.

Tidak lupa, punca lain ialah jangkitan cacing Wucheria Bancrofti yang memasuki saluran limpa dinamakan sebagai Filariasis. Cacing menyebabkan saluran limpa tersumbat menerusi parut atau luka. Punca ini perlu mendapat perhatian terutama mereka yang kerap melawat negara endemik seperti Afrika, utara Thailand dan Laos.

Boleh dikesan dengan pemeriksaan darah dan pemulihan dengan memakan ubat cacing. Jika dikesan lewat dan kerosakan pada saluran limpa terjadi menyebabkan kesukaran merawat kaki gajah hingga baik. Ia akan kekal sebagai penyakit kronik.

Rawatan

Terbahagi kepada dua
Konservatif (tanpa pembedahan)


- Mengangkat anggota kaki atau tangan pada paras tinggi (Elevation)

- Menggunakan stoking ketat atau pembalut luka

- Menjalani rawatan ‘complete/complex deconjestive therapy’ (4 hari dalam seminggu). Rawatan ini perlu dijalankan seumur hidup pesakit meskipun rawatan pembedahan dijalankan.

Pembedahan

- Dasarnya prosedur ini ialah langkah terakhir penyakit ini bukan merawati sepenuhnya sebaliknya simptometik.

- Walaupun pesakit melakukan pembedahan, namun masih perlu jalani rawatan konservatif seumur hidup. Ini memastikan tiada pengulangan kecacatan pada anggota terjejas.

- Dua jenis pembedahan iaitu Debulking Surgery (mengurangkan saiz tisu atau anggota terbabit) mengikut keadaan kaki pesakit dan pembedahan fisiologi.

i. Debulking Surgery ialah teknik mengurangkan saiz tisu atau anggota terbabit secara berperingkat. Biasanya dilakukan pada peringkat sederhana dengan isi di dalam boleh dibuang secara berperingkat atau dipanggil Homan’s Procedure.

Peringkat teruk pembedahan radikal Charles Procedure dengan membuang semua isi dan kulit yang tidak normal sehingga ke lapisan otot kaki. Luka yang terhasil perlu ditutup dengan graf kulit yang diambil pada bahagian kulit. Hasil kosmetik pembedahan ini tidak memuaskan kerana membabitkan kaedah tampalan kulit. Bagi peringkat permulaan dan sederhana kaedah liposuction boleh digunakan sebagai kaedah sampingan.

ii. Pembedahan fisiologi membaiki saluran limpa atau secara pintasan (bypass) atau menggalakkan pertumbuhan saluran baru dengan pemindahan kelenjar limpa.

Komplikasi pembedahan

- Pendarahan adalah risiko utama waktu pembedahan kerana membabitkan tempoh masa operasi yang lama dan saluran darah yang membesar (vena).

- Masalah luka lambat sembuh kerana masalah tisu yang bengkak, berair (banyak exudate)

- Masalah jangkitan kuman (prophylactic antibiotic akan di berikan kepada pesakit)

- Kebanyakan pesakit juga mempunyai masalah obesiti yang mana menaikkan risiko anaesthesia (bius) semasa pembedahan.

Pensyarah Perubatan dan Pakar Perunding Plastik dan Pembedahan Rekonstruktif Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan Dr Arman Zaharil Mat Saad

Antara maklum balas pengguna yang amalkan AG Cera





HUBUNGI KAMI UNTUK DAPATKAN AG CERA





Cerebral Palsi (CP)

Memahami Penyakit Cerebral Palsi (CP)


Cerebral Palsi (CP) adalah gangguan kebolehan mengawal kedudukan dan pengaktifan badan disebabkan kerosakan pada otak yang sedang berkembang.

CP bukan merupakan sejenis penyakit yang tidak bersifat progresif (semakin memburuk).

CP terjadi pada 1-2 daripada 1,000 bayi, tetapi lebih 10 kali sering melibatkan bayi pramatang dan juga sering terjadi pada bayi yang tidak cukup berat badan semasa lahir.


Penyebab CP


CP biasanya disebabkan oleh kecederaan otak yang terjadi semasa:
bayi masih berada dalam kandungan
proses persalinan berlangsung
bayi baru lahir
anak berumur kurang dari 5 tahun.

Tetapi kebanyakan penyebabnya tidak diketahui.

10-15% terjadi akibat cedera lahir dan kekurangan aliran darah ke otak sebelum, semasa dan setelah bayi lahir.

Bayi pramatang berisiko tinggi mendapat CP, kemungkinan kerana saluran darah ke otak belum berkembang secara sempurna dan mudah mengalami perdarahan atau kerana tidak dapat mengalirkan oksigen dalam jumlah yang memadai ke otak.

Cedera otak disebabkan oleh:
Kadar bilirubin yang tinggi di dalam darah (sering ditemui pada bayi baru lahir), biasa menyebabkan kernikterus dan kerosakan otak
Penyakit serius pada tahun pertama kehidupan bayi (misalnya ensefalitis, meningitis, sepsis, trauma dan dehidrasi berat)

Gejala


Gejala biasanya timbul sebelum anak berumur 2 tahun dan pada kes yang teruk, boleh dikesan pada seawal umur 3 bulan.

Gejalanya berbeza, perubahan dari kejanggalan yang tidak nyata sehingga tahap yang berat, yang menyebabkan perubahan bentuk tangan dan kaki sehingga anak terpaksa memakai kerusi roda.


CP dibahagi menjadi 4 jenis:

  1. Jenis Spastik (65% dari semua kes CP), otot-otot menjadi tegang dan lemah. Penglibatan yang biasa terjadi boleh di bahagikan kepada :-
  2. Quadriplegia (kedua tangan dan kedua kaki)
  3. Diplegia (kedua kaki)
  4. Hemiplegia (tangan dan kaki pada sebelah badan)


Jenis Diskinetik (Koreoatetoid, 10% dari semua kes CP), otot tangan, kaki dan badan secara spontan bergerak perlahan, menggeliat dan tak terkendali; tetapi biasa juga timbul gerakan yang kasar dan mengejang. Luapan emosi menyebabkan keadaan semakin teruk, dan gerakan akan hilang jika anak tidur.


Jenis Ataksik, (5%dari semua kes CP), terdiri dari getar, langkah yang goyah dengan kedua kaki terpisah jauh, gangguan perseimbangan yang menyebabkan pergerakan kaki dan tangan tidak licin.


Jenis Campuran (20% dari semua kes CP), merupakan gabungan dari 2 jenis di atas, yang sering ditemukan adalah gabungan dari jenis spastik dan diskinetik.


Gangguan lain yang juga biasa ditemui di kalangan pesakit CP adalah:

  1. Kecerdasan di bawah normal
  2. Sawan/epilepsi (terutama pada jenis spastik)
  3. Gangguan menghisap atau makan
  4. Pernafasan yang tidak teratur
  5. Gangguan berbicara
  6. Gangguan penglihatan
  7. Gangguan pendengaran
Antara maklum balas pengguna AG Cera Cerebral Palsi

AG Cera bukan ubat tetapi lengkapkan nutrisi harian anda 
Ianya juga lengkap dengan bahan antioksida terbaik dunia



APA PUNCA ANGIN DALAM BADAN?

 APA ITU ANGIN?

 


Angin merujuk kepada kembung, sendawa, sendawa yang berterusan, kentut, melepaskan angin. Ianya boleh keluar melalui mulut atau dubur.


Angin terjadi akibat proses biologi apabila makanan dan minuman dicerna. Selalunya angin ni terdiri dari gas karbon dioksida, oksigen, hidrogen, nitrogen dan metana.


 


Terdapat 2 sumber terjadinya angin

  • MENELAN UDARA
  • APABILA BAKTERIA DALAM USUS BESAR MENGHADAM/MEMPROSES MAKANAN

Apabila kita makan dan minum, kita akan menelan udara secara tidak sengaja. Perbuatan mengunyah gula-gula getah juga membenarkan banyak angin masuk kedalam badan. Sekiranya angin ni tak keluar melalui sendawa, ia akan masuk ke usus dan menyebabkan kembung atau masalah angin.


Karbohidrat merupakan makanan yang susah dihadam. Sekiranya badan kita tak mempunyai cukup enzim untuk menghadam karbohidrat ketika ia melalui usus kecil, makanan yang tidak dapat dihadam tadi akan meneruskan perjalanan ke usus besar dalam keadaan yang masih belum dihadam sepenuhnya. Disinilah bakteria terpaksa bekerja untuk memecahkan karbohidrat tadi dan melepaskan gas nitrogen, karbon dioksida, dan metana yang seharusnya disingkir keluar dari badan.


Tak semua makanan berangin. Selalunya angin terjadi selepas kita makan karbohidrat terutamanya yang mengandungi serat tidak larut seperti kacang dan sesetengah sayur seperti brokoli, kubis dan bawang.  Makanan yang tinggi dengan serat seperti beras perang dan ‘baked beans’ juga boleh menyumbang kepada masalah angin. Juga, tak semua orang juga mendapat kesan yang sama bagi semua makanan. Harus cuba dulu dan tengok samada ianya sesuai dengan badan sendiri atau tidak.


Antara punca angin yang lain adalah seperti minum minuman bergas atau berkarbonat, perubahan dalam diet.


Ok, itu adalah antara punca masalah angin. Apa pula tanda-tanda anda mengalami masalah angin dalam badan?


TANDA/SIMPTOM MASALAH ANGIN

 


  1. Rasa lesu/letih/tidak bertenaga.
  2. Selalu rasa kebas/lenguh/sengal.
  3. Tapak tangan/kaki berasa sejuk.
  4. Selalu menguap/mudah mengantuk.
  5. Sukar bernafas/nafas pendek.
  6. Rasa ketegangan di tengkuk dan pinggang.
  7. Kulit kering.
  8. ‘Muscle spasms’ waktu tidur/jaga.
  9.  Perut berangin.
  10.  Sakit kepala/migraine.
  11.  Perasaan mudah marah.
  12.  Hilang selera makan.
  13.  Hilang/kurang nafsu seks
  14.  Dan lelain rasa ketidakselesaan badan.

Antara maklum balas pengguna yang amalkan AG Cera



Tuesday, October 6, 2020

DAILY ROUTINE SKINCARE

 DAILY ROUTINE SKINCARE UOLS





:lipstick::lipstick::lipstick::lipstick::lipstick:
:kiss:CLEANSER
:kiss:TONER
:kiss:SERUM(AG BEAUTY)
:kiss:MOISTURIZER
:kiss:SUNSCREEN
:kiss:FOUNDATION
:kiss:FACEMIST(AG BEAUTY)

AG Kids bantu anak fokus

Beberapa tips di kongsikan untuk anak lebih fokus belajar 1. Menetapkan Kadar Masa Yang Sesuai Dengan Keupayaannya Solusi tetapan masa bagi ...