Friday, June 26, 2020

Parkinson

Apakah penyakit Parkinson?

Penyakit Parkinson adalah satu kumpulan keadaan yang dipanggil gangguan sistem motor. Empat gejala awal adalah seperti berikut:

  • Tremor: menggigil pada tangan, lengan, kaki, rahang dan muka.
  • Kekakuan: kaku ataupun kejang pada anggota dan belakang.
  • Bradikinesia: pergerakan yang perlahan.
  • Ketidakstabilan postur: kemerosotan keseimbangan dan koordinasi badan.


Apakah rawatan bagi penyakit ini?


Buat masa sekarang penyakit parkinson tidak dapat disembuhkan namun gejalanya dapat dikawal melalui ubat-ubatan atau pembedahan. Penyakit ini memberikan kesan yang berbeza kepada setiap pengidapnya, oleh itu rawatan perlulah disesuaikan bagi setiap individu.
Gejala ini mungkin menyebabkan pesakit susah berjalan, bercakap ataupun melakukan kerja-kerja yang mudah. Penyakit ini merupakan penyakit yang kronik dan progresif. Ianya bukanlah sejenis penyakit yang berjangkit. Ia adalah keadaan dimana daya kawalan otot seseorang itu merosot dengan teruk sehingga pengidap tidak mampu menguruskan diri sendiri.

Para penyelidik telah mengenal pasti kerosakan sel otak yang menyebabkan pengurangan sejenis bahan kimia yang dipanggil dopamin merupakan penyebab utama penyakit ini.

Bagaimana untuk menghadapi penyakit ini?


Penyakit ini memang rumit dan sesetengah pesakit mengalami kesukaran untuk menghadapi penyakit ini. Berikut adalah beberapa tip untuk menangani gejala penyakit Parkinson.

Senaman.
  • Senaman boleh membantu pesakit Parkinson melalui:
  • Membantu anda mengawal pergerakan anda dengan lebih baik
  • Mengurangkan masalah gaya berjalan dan kecederaan sendi/otot
  • Meningkatkan fleksibiliti
  • Meningkatkan kekuatan otot dan keseimbangan
  • Meningkatkan tenaga, stamina dan kesihatan jantung anda
  • Jangan lupa mendapat khidmat nasihat doktor anda sebelum terlibat dengan apa-apa aktiviti fizikal.

Diet.
  • Pemakanan yang baik boleh mengurangkan risiko kemasukan ke hospital di kalangan pesakit Parkinson seperti patah tulang, kekurangan air, sembelit, dan susut berat badan. Amalkan tabiat pemakanan berikut bagi membantu mengurangkan masalah tersebut:
  • Minum enam hingga lapan gelas air sehari, walaupun anda tidak haus.
  • Lebihkan makanan seperti prun, sayur-sayuran, dan makanan yang tinggi serat.
  • Makan sesuatu yang sejuk dan masam sebelum makan untuk mengelakkan mulut kering.
  • Bincang dengan doktor dan ahli farmasi anda mengenai isu-isu makanan khusus yang berkaitan dengan ubat-ubatan anda. Sebagai contoh, makanan tinggi protein boleh mengganggu penyerapan levodopa.

Tidur.
  • Penyakit Parkinson boleh mengganggu tidur anda. Berikut adalah beberapa tip bagaimana anda boleh mendapatkan tidur yang berkualiti:
  • Elakkan alkohol dan makanan yang mengandungi kafein terutama pada waktu malam.
  • Kurangkan pengambilan air sebelum tidur.
  • Amalkan waktu tidur dan bangun yang sama pada setiap hari.
  • Elakkan terlebih tidur.
  • Wujudkan persekitaran yang selesa dan aman di dalam bilik tidur anda.
  • Elakkan menonton TV, membaca dan makan di tempat tidur.

Sokongan.
  • Hidup dengan penyakit Parkinson boleh mencetuskan pelbagai masalah emosi, seperti kejutan diagnosis, kemurungan, kemarahan dan kekecewaan dengan cabaran fizikal. Berikut adalah langkah-langkah yang boleh diambil untuk menangani masalah emosi:
  • Mengekalkan komunikasi terbuka dan jujur dengan keluarga, rakan-rakan, dan penjaga anda.
  • Sertai kumpulan sokongan seperti Persatuan Parkinson Malaysia untuk berkongsi pengalaman dan perasaan.
  • Dapatkan bantuan pekerja sosial dan kaunselor yang boleh memberikan sokongan sosial.
Maklum balas pengguna Parkinson







No comments:

Post a Comment

AG Kids bantu anak fokus

Beberapa tips di kongsikan untuk anak lebih fokus belajar 1. Menetapkan Kadar Masa Yang Sesuai Dengan Keupayaannya Solusi tetapan masa bagi ...