Monday, May 15, 2023

AG Kids bantu anak fokus

Beberapa tips di kongsikan untuk anak lebih fokus belajar




1. Menetapkan Kadar Masa Yang Sesuai Dengan Keupayaannya

Solusi tetapan masa bagi menyelesaikan tugasan tertentu membantu meningkatkan fokus anak. Menurut pakar, kadar tempoh keupayaan fokus kanak-kanak berbeza mengikut umur masing-masing.

Sebagai contoh mereka yang berusia 6 tahun dipercayai mempunyai had fokus sekitar 12 hingga 18 minit manakala bagi kanak-kanak berusia 7 tahun pula adalah sekitar 14 hingga 21 minit.

2. Mencipta Suasana Yang Membantu Meningkatkan Fokus Anak

Suasana persekitaran memainkan peranan penting dalam membantu anak untuk lebih fokus dalam melakukan sesuatu aktiviti.
Ruang khusus di dalam rumah seperti bilik ulang kaji tanpa sebarang gadget dibenarkan di dalamnya boleh membantu untuk meningkatkan fokus anak bagi menyiapkan kerja sekolah dengan lebih berkesan dan cepat.

Sumber pencahayaan yang terang dan mencukupi juga turut membantunya untuk menumpukan perhatian sepenuhnya.

3. Diselangi Waktu Rehat

Pernahkan anda dengar tentang Teknik “ Promodoro ” ?

Promodoro adalah sejenis teknik yang menggunakan rangka atau durasi masa untuk menyiapkan tugasan yang diselangi dengan beberapa tempoh waktu rehat yang pendek.

Formula yang biasa digunakan adalah dalam 30 minit tempoh yang diperuntukkan untuk melaksanakan satu kerja itu, 25 minit digunakan melakukan kerja.

Manakala 5 minit untuk berehat.

4. Elakkan Aktiviti Yang Bersifat Multitasking

Golongan dewasa pun belum tentu mampu melakukan kerja-kerja Multitasking, apatah lagi kanak-kanak yang masih mentah.

Konsep mudahnya adalah anda perlu mendidik anak untuk siapkan satu tugasan pada satu masa. Tumpuan mereka pasti akan terganggu dengan mudah jika dibebani dengan pelbagai tugasan pada waktu yang sama.
Jika anda kehendakinya mengulang kaji pelajaran dan mengemas bilik pada hari yang sama, pastikan salah satu daripada tugasan tersebut selesai dahulu sebelum beralih kepada yang seterusnya.

Dengan ini gangguan pada fikirannya dapat dielakkan dengan baik.

 5. Membahagikan Tugasan Besar Dalam Bentuk Tugasan-Tugasan Kecil

Dengan memecahkan tugasan besar kepada bentuk tugasan-tugasan yang lebih kecil memberi suatu gambaran kepada anak bahawa ia adalah tugasan yang mudah untuk dilaksanakan.

Jadi kita ambil contoh jika anda mahukan anak anda mahu mengemaskan biliknya, bagaiman anda akan mengarahkannya,

Arahan untuk mengemaskan bilik semata-mata sudah pasti sangat tidak membantu.
Tugasan utama adalah untuk memastikan bilik kemas dan tidak bersepah.

Lalu ia dipecahkan dalam beberapa tugasan kecil yang kelihatan amat mudah dan cepat untuk diselesaikan.

Arahan dan permintaaan diganjari dengan sesuatu apabila ia berjaya diselesaikan. Begitulah salah satu lagi cara meningkatkan fokus anak dalam melakukan sesuatu ke

Perkongsian dari :
Khairi Aiman Mohamed
Seorang Doktor Perubatan, Penulis Freelance dan Sukarelawan. Menulis untuk berkongsi idea dan ilmu yang bermanfaat.


Jom tambah tenaga anak anda dengan AG Kids  yang mana AG Kids membantu pertumbuhan sel otak agak teransang dgn baik 

Dapatkan AG Kids dengan kami

Tekan link ini https://agkids.wasap.my

Call : 01111983461


#agkids #IMLegacy #gummybear #kemamkemamUntukSiManja 

No comments:

Post a Comment

AG Kids bantu anak fokus

Beberapa tips di kongsikan untuk anak lebih fokus belajar 1. Menetapkan Kadar Masa Yang Sesuai Dengan Keupayaannya Solusi tetapan masa bagi ...