Wednesday, September 30, 2020
Bahan AG Beauty
Tuesday, September 29, 2020
Face Serum AG Beauty
Apa itu Serum Muka?
Perbezaan terbesar antara serum dengan krim atau losyen adalah apa yang tidak terkandung di dalamnya. Serum mengenepikan kandungan bahan-bahan pelembap atau pengekalan air seperti minyak petrolatum mahupun minyak mineral yang menyimpan air daripada disejat.
Ia juga kurang mengandungi bahan yang bertindak sebagai agen pelincir atau penebalan seperti kacang atau minyak bijian. Kebanyakan serum berasaskan air dan langsung tidak mengandungi sebarang minyak.
Biasanya bahan yang terkandung dalam serum ini adalah yang berperanan seperti agen antipenuaan yang paling berkesan iaitu antioksidan, peptida dan agen pencerahan kulit seperti asid kojik (kojic acid) yang boleh ditemui dalam produk tanpa preskripsi.
Kelebihan menggunakan serum
Secaranya ringkasnya terdapat beberapa kelebihan penggunaan serum dalam rutin penjagaan wajah harian. Antaranya:
Serum mempunyai tekstur nipis dan biasanya datang dalam bentuk cecair. Oleh kerana ia mempunyai molekul kecil, kulit anda akan dapat menyerapnya lebih cepat dan lebih mendalam.
Pelembap diperbuat daripada beberapa bahan kimia dan ekstrak yang dimaksudkan untuk melembapkan wajah anda dengan menyelamatkan kulit anda daripada merekah akibat kekeringan dan sejuk. Sementara itu, serum muka biasanya dibuat dari ekstrak kuat yang 10 kali lebih pekat daripada pelembab tetapi tidak berfungsi untuk melembapkan kulit. Jadi amat sesuai untuk individu kulit berminyak.
Terdapat pelbagai jenis serum di pasaran. Sebagai contoh, terdapat serum muka untuk antipenuaan, jeragat, bintik-bintik hitam, kulit kering, kulit berminyak atau kulit berjerawat. Ia mensasarkan keperluan tertentu dan anda dapat melihat hasilnya dengan lebih cepat. Jadi pastikan anda membeli serum mengikut keperluan kulit anda.
Serum biasanya datang dalam botol kecil. Tetapi penggunaan 1 hingga 2 titis sudah mencukupi untuk seluruh muka. Oleh itu, satu botol dengan berat 28 gram boleh bertahan selama berbulan-bulan.
Cara Pemakaian Serum Muka
Tanpa mengira apa juga jenis serum muka yang anda pilih, sekiranya anda memutuskan untuk menambahkan produk serum ke dalam rutin penjagaan wajah, berikut adalah cara yang betul untuk mengaplikasi serum ke wajah anda untuk mendapatkan kesan maksimum.
Selepas rutin mencuci wajah anda, gunakan sejumlah serum mengikut kuantiti yang disarankan untuk kulit anda. Kaedahnya adalah dengan menepuk-nepuk serum kepada kulit dengan menggunakan jari anda.
Jika anda mempunyai kulit sensitif, anda dinasihatkan untuk menunggu antara tempoh 10 hingga 15 minit selepas mencuci wajah sebelum menggunakan serum. Ini kerana menurut ahli dermatologi, Dr Jessica Wu, dalam keadaan kulit yang lembap, produk berasaskan air adalah mempunyai kecenderungan untuk menyebabkan kerengsaan. Jadi, sebaiknya, biarkan kulit kering secara semula jadi sebelum meletakkan serum bagi melambatkan proses penyerapannya.
Menggunakan serum tidak bermaknda anda tidak boleh menggunakan pelembap kegemaran anda. Apa yang perlu anda lakukan adalah untuk mengaplikasikan serum pada wajah terlebih dahulu sebelum memakai pelembap, supaya tidak ada bahan yang boleh menyekat ia daripada menembusi kulit anda.
Credited to Hello Doktor
AG Beauty Face Mist
Facial Mist
Sejenis cecair yang direka untuk menyegar, menghidrat, menjadikan kulit awet muda, dan melembab kulit anda
enggunaan facial mist dapat digunakan sebelum menggunakan makeup atau sesudahnya untuk menghindari rasa kering pada wajah.
Mengapa anda perlukan Face Mist?
Face Mist secara umumnya berfungsi sama seperti toner iaitu mengimbangi pH kulit terutamanya selepas mencuci muka dan menghidrasi kulit muka. Face Mist juga dikatakan boleh membaiki penampilan kulit anda dan menjadikan anda rasa lebih yakin. jika anda tersilap menggunakan Face Mist, kemungkinan kulit anda akan menjadi lebih kering dari sebelumnya. Jadi, Face Mist adalah salah satu produk penyegar wajah yang memiliki banyak manfaat pada wajah. Khasiat Face Mist yang mengandungi antioksigen serta mineral mampu mengekalkan kelembapan kulit secara menyeluruh sepanjang hari
Kelebihan Face Mist pada Wajah
- Menyegarkan wajah
Face Mist dikatakan sebagai βenergy boosterβ pada wajah kerana ianya sangat menyegarkan di samping memberi kelembapan yang maksimum untuk penjagaan yang sempurna.
- Mengurangkan keradangan
Jika wajah berjerawat kemerahan atau sensitive, face mist berfungsi untuk mengurangkan rasa tidak selesa tadi dengan meneutralkan kembali kulit wajah dari dalam.
- Solekan Tahan Lama
Bukan untuk kecantikkan kulit sahaha, ada juga facial mist yang dibuat untuk membuat solekan tahan lebih lama dengan cara mengawal pengeluaran sebum untuk imbangkan lembapan dan minyak pada kulit wajah. Hasilnya, solekkan akan jadi tahan lama hampir 8 jam walaupun berpeluh ia membuatkan wajah nampak seperti glowing.
- Mengurangi Minyak pada Wajah
Jika anda memiliki wajah berminyak atau kombinasi, pilih facial mist yang dapat mengurangi minyak berlebih pada wajah. Cari produk dengan bahan yang dapat meminimalkan minyak seperti ekstrak witch hazel (hamamelis virginiana) atau camellia sinensis leaf (green tea). Ia dapat mengawal wajah anda daripada berminyak dengan teruk.
- Mencerahkan wajah
Ada juga Face Mist yang dapat mencerahkan wajah agak wajah tidak kelihatan kusam dan tak berseri. Lihat pada kandungan sesuatu face mist tadi sama ada untuk menyegarkan sahaja atau mencerahkan wajah sekali.
4 Cara penggunaan Face Mist yang betul
Teknik penggunaan Face Mist yang betul adalah penting kerana jika anda menggunakan teknik yang salah, kemungkinan besar ia akan membuatkan wajah anda jadi lebih kering. Jadi adalah sangat penting jika anda menggunakan Face Mist dgn teknik yang betul iaitu dengan cara :
- Cuci dahulu muka sebelum menyembur Face Mist ke wajah
- Spray di muka pada jarak 5 β 6 inci
- Biarkan dalam lebih kurang seminit atau sehingga Face Mist meresap ke dalam wajah
- Semasa spray Face Mist ke wajah, hadapkan muka ke arah kipas atau penghawa dingin agar kadar menyerapan Face Mist lebih cepat dan berkesan.
Monday, September 28, 2020
AG Beauty by AG Nutrition
Satu inovasi di dalam penjagaan kulit dari AG Nutrition
Saturday, September 26, 2020
ππ₯ππ‘π π’π£ππ‘ππ‘π πππ₯ππ π’π‘π¬ ππ π‘π¨π§π₯ππ§ππ’π‘
Thursday, September 17, 2020
WAKTU FISIOLOGI TUBUH BERFUNGSI
Wednesday, September 2, 2020
Testimoni Sawan Epilepsi
Epilepsi adalah gangguan otak apabila sel-sel saraf dalam otak kadang-kala mengeluarkan isyarat yang luar biasa. Corak aktiviti neuron terganggu dan menjejaskan perasaan, tingkah laku dan emosi atau kadang-kala menyebabkan kejang otot dan pengsan.
Seseorang yang mengalami sawan tidak bermakna ia mempunyai epilepsi. Sekiranya seseorang kerap mengalami sawan (dua atau lebih) dikenalpasti mempunyai epilepsi.
- Epilepsi tidak berjangkit dan tidak disebabkan oleh penyakit atau kemerosotan mental.
- Epilepsi boleh dikawal, namun sesetengahnya sembuh dengan sendiri.
- Epilepsi berpunca dari pelbagai faktor. Sebarang gangguan pada aktiviti normal neuron samada penyakit mahupun kecederaan otak boleh menyebabkan sawan.
Sebahagian besar sawan tidak diketahui puncanya.
Punca epilepsi:
Faktor-faktor genetik
Kecederaan pranatal (sebelum kelahiran) dan masalah tumbesaran
- Cedera di otak
- Keracunan
- Tumor otak
- Pengambilan alkohol berlebihan
- Penyakit Alzheimer
- Angin ahmar (strok)
- Jangkitan otak
Serangan sawan juga boleh berlaku jika kurang tidur, meminum alkohol, stres atau mengalami perubahan hormon yang berkaitan dengan haid.
Gejala epilepsi bergantung kepada kawasan otak yang terjejas.
Sawan setempat berlaku disebabkan oleh kejadian aktiviti yang tidak normal di salah satu kawasan otak.
Tanda dan gejala sawan setempat adalah:
- Berasa gembira yang secara tiba-tiba tanpa sebarang sebab
- Berasa marah
- Berasa sedih
- Loya
- Halusinasi (mendengar, bau, rasa, melihat atau merasa perkara yang tidak benar).
- Berlaku samada mereka sedar atau tidak sedar.
- Mampu melakukan pergerakan berulang-ulang (automasi) seperti mengelip mata, mengenyit mata dan menggerakkan mulut.
- Sesetengah pesakit mempunyai aura tersendiri dengan menunjukkan tanda luar biasa atau amaran sebelum mendapat serangan
Sawan menyeluruh berlaku akibat kejadian aktiviti tidak normal di kedua-dua belah otak. Tanda dan gejala sawan menyeluruh adalah:
- Tidak sedar
- Jatuh
- Kejang otot yang teruk
- Kancing gigi
- Mulut berbuih
- Terkencing
- Terbuang air besar
AG Kids bantu anak fokus
Beberapa tips di kongsikan untuk anak lebih fokus belajar 1. Menetapkan Kadar Masa Yang Sesuai Dengan Keupayaannya Solusi tetapan masa bagi ...
-
Di bawah ini adalah maklum balas pengguna setelah menggunakan AG Nutrition AG Cera Berminat wasap 601111983461 "Kita hanya usaha...
-
Di bawah ini adalah soalan umum dari pelanggan yang mengambil AGCERA SOALAN 1 BAGAIMANAKAH CARA PENGAMBILAN AG CERA π¨π¨ CARA PENGA...
-
Testimoni batu karang dari pengguna Pengguna sendiri terkejut batu karang keluar sendiri Syukur Nak cuba? Tekan link nombor ini 601111...