Showing posts with label ag cera cod seluruh malaysia. Show all posts
Showing posts with label ag cera cod seluruh malaysia. Show all posts

Thursday, August 5, 2021

Saturday, December 26, 2020

Period Tidak Stabil

Period Tidak Stabil


Jangan malu atau segan untuk bertanya doktor

Jika anda mengalami perubahan yang anda rasakan tidak normal untuk kitaran haid pada bulan itu, terus bertanya pada doktor anda. Haid yang tidak teratur mungkin menandakan tanda-tanda anda akan mencapai umur menopos, ataupun ada sesuatu yang tidak kena pada perubahan hormon badan yang memerlukan penyiasatan dan penilaian para doktor.

Hamil – sebab biasa haid tidak datang


Sebab ini mungkin tidak memeranjatkan anda atau sebaliknya. Walaupun begitu, pada awal kehamilan sesetengah wanita mengalami pendarahan yang boleh menyebabkan pendarahan juga yang selalu mengelirukan sama ada ianya darah haid atau tidak, tanpa anda sedari anda sebenarnya sudah pun hamil. Ujian air kencing untuk mengesahkan kehamilan boleh membantu.

Penyusuan badan


Sekiranya anda menyusukan bayi secara eksklusif, hormon di dalam badan anda lebih menyediakan badan anda untuk menghasilkan susu untuk si bayi. Terdapat sesetengah ibu menyusu yg langsung tidak didatangi haid sehingga 1 atau 2 tahun lamanya!

Menopos?


Menopos atau Putus haid adalah keadaan di mana seseorang wanita itu tidak lagi didatangi haid, umur purata mencecah dalam 50 tahun. Walaupun begitu tempoh peralihan daripada umur boleh melahirkan anak ke menopos ini boleh berlaku untuk beberapa tahun dan dikenali sebagai perimenopos. Dalam tempoh peralihan ini, perubahan hormon yang berlaku menyebabkan haid menjadi tidak teratur, pendek atau tidak datang langsung. Haid mungkin berhenti buat seketika, dan boleh muncul semula selepas beberapa bulan.

Anda mempunyai masalah-masalah kesihatan yang berkaitan?


Haid yang tidak teratur mungkin adalah tanda-tanda anda mempunyai masalah perubatan yang tidak anda sedari seperti Polycystic Ovarian Syndrome (PCOS), masalah kelenjar tiroid, Kencing manis yang tidak terkawal , ketumbuhan yang merembeskan hormon prolaktin Pemeriksaan doktor akan dibuat untuk memastikan anda tidak mengalami mana-mana masalah kesihatan.

Berat badan berlebihan ataupun obesiti boleh menyebabkan ketidakseimbangan hormon estrogen di dalam badan wanita seterusnya menyebabkan gangguan kepada kitaran haid.

Tekanan Emosi


Masalah emosi atau tekanan perasaan boleh menyebabkan haid terhenti. Kegiatan fizikal yang berlebihan seperti senaman yang berlebihan, kehilangan berat badan yang banyak, menghadapi masalah permakanan turut menyumbang kepada perkara ini. Berbincang dan luahkan masalah anda pada doktor jika anda berasakan menghadapi tekanan emosi di sekolah, rumah mahupun tempat kerja

Ubat-ubatan


Ada sesetengah ubat-ubatan yang anda makan untuk masalah perubatan tertentu boleh menganggu kitaran haid. Ubat sawan, ubat penenang, pil perancang kehamilan, pil-pil hormon bole menyebabkan kitaran haid terganggu. Berbincang dengan doktor anda, sebelum memberhentikan ubat-ubatan ini. Mungkin doktor akan mengubah dos, mengubah ubat bergantung kepada masalah perubatan itu.

Jamu tradisional, ubat kurus ataupun ubat-ubatan penyakit kronik yang lain boleh menyebabkan gangguan kitaran haid wanita. Jangan lupa bagi tahu doktor yang merawat anda nanti.

Anda tetap subur walaupun haid tidak teratur

Walaupun anda tidak datang haid, tidak bermakna anda tidak subur dan tidak boleh mengandung. Jika anda ingin menjarakkan kelahiran atau merancang keluarga anda perlu menggunakan cara perancangan yang efektif dan berkesan walaupun tidak datang haid. Dapatkan nasihat doktor anda untuk ini.

Ingin hamil mungkin menjadi masalah dengan haid yang tidak teratur

Walaupun telah saya nyatakan, tidak datang haid tak bermakna anda tidak subur, tetapi kejayaan untuk hamil itu kadang-kadang adalah sukar. Rawatan sentiasa ada untuk mereka yang menghadapi masalah ini. Jangan risau, sila berbincang dengan doktor anda.

Artikel ini ditulis oleh Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak, Registrar Obstetrik & Ginekologi yang berkhidmat di sebuah Hospital di Selangor


Di bawah ini adalah maklum balas pengguna Brunei yang mengalami masalah period tidak stabil


UNTUK DAPATKAN AG CERA WHATAPPS 601111983461


Thursday, September 17, 2020

WAKTU FISIOLOGI TUBUH BERFUNGSI

WAKTU FISIOLOGI TUBUH BERFUNGSI


πŸ•”5 - 7 pagi
Waktu di mana usus6 besar bekerja. Mesti disiplinkan diri utk *buang air besar* dalam waktu ini. Jika tak, penyakit akan berkumpul.

πŸ•–7 - 9 pagi
Wajibkan diri utk *bersarapan* . Jika tak, metabolisma badan akan turun mendadak. Sebab tu kadang2 orang bersarapan lewat lepas pukul 9, berat badan naik mendadak walaupun makan sekali sehari! 6

πŸ•˜9 - 11 pagi
Organ limpa bekerja. 
*Elakkan makan* dalam waktu ini.

πŸ•š11 - 1 petang
Jantung bekerja secara optimum. *Elakkan bekerja berat, sebaiknya rehat dan tidur seketika* . Serangan jantung kerap terjadi ketika waktu ini.

πŸ•1 - 3 petang
Usus kecil bekerja. *Sebaiknya buang air besar kali kedua* dalam waktu ini.

πŸ•’3 - 5 petang
Pundi kencing bekerja. *Sebaiknya buang air kecil* dalam waktu ini.

πŸ•”5 - 7 petang
Ginjal bekerja secara optimum. *Elakkan badan terlalu dehydrated. Banyakkan minum air* dalam waktu ini. 

πŸ•–7 - 9 malam
Perikardium bekerja. *Elakkan makan makanan yang berat* pada waktu ini.

πŸ•˜9 - 11 malam
*Waktu terbaik utk berehat dan tidur* .

πŸ•š11 - 1 pagi
Hempedu bekerja. *Elakkan makan* , berat badan akan naik mendadak.

πŸ•1 - 3 pagi
Hati bekerja utk singkirkan toksik. *Elakkan berjaga* . Sering berjaga pada waktu ini berpotensi utk kanser. Waktu ini adalah waktu terbaik utk deep sleep.

πŸ•’3 - 5 pagi
Peparu bekerja. 
Bagi pesakit asma, *elok amalkan bangun* pada waktu ini. Peparu menyerap oksigen dalam kuantiti yang tinggi. Ibadah solat sangat digalakkan waktu ini.

AG Beauty Giva Glow

  KEBAIKAN AG BEAUTY πŸ’„ MENCERAHKAN KULIT  πŸ’„MENGHILANGKAN PARUT DAN TOMPOK HITAM  πŸ’„MENGHASILKAN SEMULA SEL KULIT YANG ROSAK πŸ’„MENGURA...