Antara Kebaikan bahan diatas
📌Ceramosides
ceramides memainkan peranan penting dalam menentukan bagaimana kulit kelihatan dan terasa, dan juga bagaimana ia bertindak balas terhadap tekanan persekitaran.
ceramide berfungsi dengan asid lemak jenuh dan juga kolesterol untuk mewujudkan penghalang yang mencegah kehilangan air dari kulit. Dengan mencegah kehilangan air, ceramides membantu mencegah kekeringan dan melindungi kulit.
Apabila kulit kekurangan ceramida, ia boleh menyebabkan kekeringan dan kerengsaan. Kekurangan ceramida boleh menyumbang kepada peningkatan gejala keadaan kulit kering seperti eksim dan juga dapat menjadikan tanda-tanda penuaan lebih cenderung atau berleluasa.
Manfaat kulit ceramide yang berpotensi termasuk:
pencegahan dan melegakan kulit kering
peningkatan keadaan kulit seperti eksim, rosacea dan dermatitis
mengurangkan kemerahan dan kerengsaan
penurunan keradangan
membantu penghidap jerawat (penyelidikan menunjukkan bahawa orang yang mempunyai jerawat sering mengalami kekurangan kandungan ceramide kulit)
📌Willow Bark
1. Anti Radang (Anti-inflamatory)
Peradangan dalam akar pori merupakan penyebab utama banyak masalah kulit seperti jerawat, penuaan dini, hingga penyakit eksim. Senyawa kimia dalam tumbuhan willow merupakan zat anti-radang alami yang membantu mengurangi masalah kulit tersebut dan memperbaiki kondisi kulit yang rusak.
2. Miliki Sifat Anti Penuaan Dini yang Alami
Salicin adalah senyawa yang diproduksi secara alami di dalam pohon willow. Zat ini mampu mengurangi tanda-tanda penuaan dini yang terlihat di kulit.
Jika mengaplikasikan produk dengan kandungan willow bark (Salix Alba) secara teratur, maka ukuran pori dapat mengecil, kulit yang kasar akan kembali lembut dan kenyal, serta keriput mulai menghilang. Tidak hanya itu, rona wajah akan lebih cerah dan segar.
Contoh produk skincare toner, eksfoliator, dan masker wajah yang komposisinya mengandung willow bark/Salix Alba. | Foto: ist
3. Kaya Antioksidan
Tumbuhan white willow bark (Salix Alba) miliki kandungan mineral alami flavanoid dan tannin, yang berfungsi untuk mempercepat proses peremajaan kulit, dan meningkatkan perlindungan kulit melalui peningkatan pertumbuhan sel.
4. Antibakteri
Zat dalam tumbuhan willow membantu kulit untuk terbebas dari bakteri dan patogen. Alasannya? Zat ini bekerja sebagai agen antimikroba, melindungi kulit dari mikroorganisme, sehingga kulit jadi tetap sehat dan bebas dari infeksi.
5. Penggunaan Willow Bark Mampu Kurangi Breakout
Zat mineral dalam willow bark terbukti secara ilmiah sebagai bahan perawatan alami yang efektif mengurangi breakout (jerawat atau kemerahan yang timbul dalam jumlah banyak di satu area -red).
Zat ini secara natural mampu mengeksfoliasi kulit dengan sangat lembut, membersihkan pori untuk membantu meredakan breakout, kemudian berikan hasil akhir berupa wajah lebih bersih dan segar.
📌Mushroom Extract
Manfaat cendawan terhadap kulit
Mengurangkan keradangan
Cendawan mempunyai ciri-ciri anti-radang yang hebat. Lebih-lebih lagi, ia mengandungi antioksidan. Jika anda menggunakan ekstrak cendawan secara topikal, kulit anda dapat memerangi segala jenis keradangan serta pelbagai masalah kulit lain yang timbul.
Melindungi daripada jangkitan
Kualiti antimikrob, antibakteria dan antikulat cendawan menjadikannya pilihan yang boleh dipercayai untuk jangkitan kulit. Ia boleh membantu memulihkan jerawat, rosacea (penyakit kronik yang melibatkan kulit pada hidung, dahi dan pipi. Keadaan ini ditandai dengan warna kemerah-merahan pada kulit) dan ekzema.
Mencegah daripada jerawat
Makanan yang mempunyai indeks glisemik (GI) yang rendah lebih mampu mengawal jerawat. Cendawan mempunyai GI yang sangat rendah dan menjadikannya salah satu alternatif semula jadi yang terbaik bagi masalah jerawat. Selain itu, ia juga kaya dengan vitamin D, yang membantu mempercepatkan proses penyembukan luka jerawat apabila digunakan secara topikal.
Melambatkan penuaan
Dengan antioksidan, cendawan boleh mengurangkan tekanan oksidatif yang disebabkan oleh radikal bebas dalam tubuh dan sekali gus bertindak sebagai bahan anti-penuaan semula jadi yang kuat. Sama ada anda memasukkan cendawan dalam diet harian atau menggunakan ekstranya secara luaran pada kulit, anda boleh mencegah daripada tanda-tanda penuaan seperti kedutan, garis halus, perubahan tona dan lain-lain. Jadi dengan pengambilan cendawan anda akan mendapat kulit yang licin, anjal dan kelihatan muda.
Mencerahkah kulit
Sesetengah cendawan, terutamanya shiitake, mempunyai tahap tinggi asid kojik, yang dianggap sebagai ubat semulajadi untuk mencerahkan kulit. Ia boleh mengehadkan pengeluaran melanin pada lapisan paling atas kulit, sehingga menjadikan sel-sel yang baru terbentuk agak ringan. Penggunaan harian jus cendawan kepada kulit adalah jauh lebih selamat berbanding penggunaan produk kulit sintetik yang mengandungi hydroquinone toksik.
Memudahkan pengelupasan kulit
Cendawan shiitake juga berfungsi sebagai alternatif semula jadi kepada pengelupasan sintetik atau lulur (scrub). Ini memudahkan anda menghilangkan sel-sel kulit mati yang terkumpul di lapisan permukaan kulit dengan hanya menggunakan lulur jus cendawan dan gula perang buatan sendiri.