Monday, December 23, 2019

Apakah Gout?

Kebiasaannya, masyarakat mengaitkan penyakit gout dengan keradangan atau sakit pada sendi, terutamanya ibu jari kaki berpunca daripada asid urik berlebihan di dalam tubuh.

Asid urik yang sepatutnya disingkirkan tubuh, terkumpul di bawah kulit lalu membentuk benjolan dipanggil “toph”.
Ia juga boleh membentuk batu karang jika terkumpul di dalam saluran kencing.

Mengikut kajian, lelaki lebih cenderung diserang penyakit gout berbanding wanita

6 makanan yang berpotensi mencegah penyakit gout, seperti dikongsikan Kementerian Kesihatan.




1. NANAS



Nanas yang kaya dengan “Bromelain” dan Vitamin C dapat membantu mengurangkan keradangan sendi.

2. KUNYIT



Kunyit yang murah dan mudah didapati, mengandungi “cucurmin” yang boleh membantu mengurangkan keradangan sendi.

3. PEGAGA



Ulam pegaga kaya dengan “Phytochemical” untuk membantu proses menyahtoksik dalam badan.

4. LEMON



Lemon juga dapat membantu proses menyahtoksik, selain meningkatkan kandungan Vitamin C yang diperlukan tubuh.
Kalau minum di luar, rajin-rajinlah pesan air lemon tanpa gula.

5. HALIA




Komponen “Gingerole” dan “Zingiberene” dapat mengurangkan keradangan sendi. Halia boleh dicampur dalam masakan atau teh tanpa gula.

6. CILI



Siapa sangka, cili juga mengandungi Vitamin A dan Vitamin C mampu mengelakkan keradangan sendi.
Tapi seeloknya makanlah cili segar ya!

ELAKKAN MAKANAN TINGGI PURIN




Di samping mengamalkan makanan di atas, makanan yang tinggi dengan kandungan purin seperti hati, paru, ikan bilis, ketam, udang dan kerang perlu dihadkan.

Minumlah air kosong secukupnya dan jangan lupa makan ubat berdasarkan nasihat doktor.
Gout boleh dirawat dan dikawal melalui pengambilan diet seimbang.

Sumber MyHealth

#AGCera satu-satu nya pemakanan terbaik antioksida yang membantu pesakit Gout kekal sihat bertenaga

Info lanjut Layari http://agnutrition.my

No comments:

Post a Comment

AG Kids bantu anak fokus

Beberapa tips di kongsikan untuk anak lebih fokus belajar 1. Menetapkan Kadar Masa Yang Sesuai Dengan Keupayaannya Solusi tetapan masa bagi ...