Wednesday, February 5, 2020

Steroid

*STEROID*




Jom tengok apa impak *steroid* pada manusia.. 

Apakah kesan sampingan *steroid* ???

*Dalam jangka masa pendek,*

1. Pertambahahan berat badan yang *mendadak*. 
2. Bahagian muka akan menjadi *sembab* atau lebih dikenali dengan istilah *“moon face”*.
3. Pengguna lelaki akan mengalami *kehilangan rambut* yang mengakibatkan *botak* pada bahagian tertentu kepala. 
4. Masalah *jerawat*, *kulit* akan menjadi *nipis* dan menyebabkan ia *mudah luka*.
5. Merasa *pening dan mual*.
6. Mereka yang pernah mengalami *gastrik*, *perokok* atau pengguna *alkohol* berpotensi besar untuk mendapat *ulser* di *organ pencernaan* seperti *perut dan usus*.
7. Mampu merosakkan *buah pinggang*,  *penyakit kencing manis* dan *darah tinggi*.

*Pengambilan jangka masa panjang,*

1. Mengakibatkan *tulang rapuh*, keadaan ini menyebabkan *tulang* seseorang itu *tidak kuat* dan *mudah patah* walaupun terkena hentakan yang perlahan.

2. Pertumbuhan kanak-kanak yang terdedah dengan *steroid* untuk tempoh yang lama juga boleh terganggu, *steroid* menghalang penghasilan *hormon tumbesaran* di dalam badan manusia.

3. Penghasilan *selaput mata berlebihan* dan menyebabkan penyakit yang dikenali sebagai *katarak* ,keadaan ini sekiranya tidak dirawat dengan baik akan menyebabkan seseorang itu *hilang penglihatan*.

*Dimana terdapatnya Steroid ini*
Steroid kebiasaannya dalam bentuk cecair untuk disuntik manakala kortikosteroid terdiri daripada persediaan yang lebih pelbagai seperti dalam bentuk berikut;

👉Kapsul/tablet
👉Krim
👉Ubat sedut (“Inhaler”)
👉Titis mata

Persediaan yang pelbagai ini bertujuan untuk merawat penyakit-penyakit yang berlainan. Sebagai contoh, pesakit ekzema akan menerima steroid dalam bentuk krim untuk di sapu ke bahagian bermasalah. Pesakit asma akan menggunakan ubat sedut untuk melegakan radang pada paru-paru. Steroid dalam bentuk kapsul/tablet akan dipreskrip kepada pesakit gout/athritis.

*Ubat tradisional yang dicemari steroid amat mudah didapati di kedai-kedai runcit. *

Antara produk yang mengandungi steroid adalah seperti berikut;

👉Tunglin
👉Majun Dua Istimewa
👉Gamat Ikan Haruan Plus
👉Majun Taufiq Dua Istimewa
👉Delima Raja Urat
👉Madu Adunan Herba

Selain dicemari racun berjadual, produk-produk ini juga tidak berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia. Oleh sebab itu, keselamatan penggunaannya tidak dijamin.

Masih nak terus menerus mengambil ubat yang ada *STEROID* ???

*Pencerahan Dr Wan Martina* *portal My Health*

#*AGCeraPilihanTepat*
#*SayangiDiriAnda*
#*TubuhKitaPinjamanAllah*
*TanggungjawabKitaMenjaganya*

No comments:

Post a Comment

AG Kids bantu anak fokus

Beberapa tips di kongsikan untuk anak lebih fokus belajar 1. Menetapkan Kadar Masa Yang Sesuai Dengan Keupayaannya Solusi tetapan masa bagi ...